TANAH MERAH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan akan membuka bilik gerakan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Pengarahnya Rosli Husain berkata,
bilik gerakan di Ibu Pejabat SPRM negeri akan beroperasi 24 jam bermula .29 Julai ini.
“Sepanjang tempoh itu kita akan tempatkan pegawai bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada PRN.
“Sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan pada 22 Jun lalu, SPRM masih belum menerima sebarang kes berkait rasuah PRN,”
katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Cegah Rasuah Rezeki Barokah di Masjid Ismail Petra Tanah Merah di sini hari ini.
Rosli memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan laporan berkait perkara itu akan diperoleh selepas selesai proses penamaan calon 29 Julai ini.
Katanya, SPRM Kelantan menasihatkan mana-mana individu supaya
tidak terlibat dengan salah laku rasuah.
“SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah,” ujarnya.-UTUSAN