PRN: PKR Kelantan hantar senarai pendek calon

PRN: PKR Kelantan hantar senarai pendek calon

NIK Nazmi Nik Ahmad semasa sidang media selepas melawat tapak projek pembinaan jalan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Tanah Merah di Kampung Joh, di sini hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan sudah mempunyai senarai pendek individu yang akan diangkat sebagai calon bagi mewakili Pakatan Harapan (PH)  pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan tidak lama lagi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bagaimanapun keputusan akhir senarai itu akan diumumkan oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Senarai calon ramai dan kita akan umum nanti kerana ramai yang nak jadi calon memandangkan PH ada 14 kerusi di Kelantan.

“Setakat ini senarai pendek sudah ada dan ia akan disediakan di peringkat parti yang diketua oleh Rafizi Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya Pusat PKR sebelum diumumkan oleh Presiden,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak projek pembinaan jalan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Tanah Merah di Kampung Joh, di sini hari ini.

Nik Nazmi memberitahu, jumlah kerusi yang akan diperunukan kepada PKR pada PRN itu nanti masih belum diputuskan.

“Yang itu (jumlah kerusi) kita tidak boleh umumkan lagi…tunggu dan lihat. Tidak ada bayangan. Nanti kita umum, yang pasti saya tidak akan bertanding,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, PH Kelantan akan bertanding 14 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN nanti.

BN selaku rakan sekutu PH akan bertanding di 31 kerusi.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN