PRN: Pembinaan LTU tak jejaskan trafik perantau balik mengundi

PRN: Pembinaan LTU tak jejaskan trafik perantau balik mengundi

ABDUL Rahman Mohamad (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada jurutera mengenai Projek LTU di Kilometer 251 (FT008) berhampiran jambatan Felda Chiku 3 di Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan kerja-kerja pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) tidak mengganggu aliran trafik anak-anak Kelantan perantau yang pulang mengundi sempena pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Timbalannya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan projek berkenaan yang melibatkan jarak perjalanan lebih 360 kilometer bagi memastikan keselesaan pengguna sentiasa berada pada tahap terbaik. 

“Saya percaya ramai anak perantau akan balik pada 11 Ogos dan kita akan cuba sedaya upaya tidak melibatkan kerja-kerja di atas jalan kerana tidak mahu trafik terganggu termasuklah juga di kawasan lebuh raya. 

“Semua lebuh raya kita minta tidak ada kerja yang boleh menyebabkan trafik tergendala sekurang-kurangnya seminggu sebelum PRN,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Projek LTU di Kilometer 251 (FT008) berhampiran jambatan Felda Chiku 3 di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, gangguan trafik di FT008 dijangka akan berlaku pada 1 hingga 2 Ogos ini.

Katanya, ia disebabkan kerja-kerja pemasangan lima rasuk jambatan baru merentasi Sungai Chiku bagi projek LTU Pakej 2 Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Seksyen 2B : Paloh 2 Ke Bukit Sejuk.

“Sebagai alternatif pengguna boleh menggunakan jalan FT 1744 (Jalan Felda Aring) bagi laluan Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“Pengguna jalan raya juga disarankan untuk merancang perjalanan sebaiknya dan sentiasa mematuhi papan tanda lalu lintas dan kawalan trafik yang disediakan,” ujarnya.

Abdul Rahman berkata, pengguna jalan tidak perlu bimbang kerana proses pemasangan rasuk itu dilakukan kira-kira satu jam mengikut waktu ditetapkan serta tidak melibatkan waktu puncak. 

“Pakej ini adalah salah satu projek yang sangat cepat dibina adalah untuk kemudahan rakyat Pantai Timur khususnya daripada Kota Bharu, Kuala Krai, Gua Musang dan terus ke kawasan saya sendiri iaitu di Lipis, Raub dan Bentong.

“Kita sebenarnya sasarkan siap selewatnya awal 2026 yang melibatkan semua pakej daripada Kota Bharu sehinggalah bertembung lebuh raya Karak Kuala Lumpur atau Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya