PRN: Nama Nik Abduh tercicir, Annuar Musa tidak tersenarai

PRN: Nama Nik Abduh tercicir, Annuar Musa tidak tersenarai

NIK Abduh Nik Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Nama anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Mohamad Abduh atau Nik Abduh terus tercicir daripada arena politik negara selepas namanya tidak tersenarai pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Semua itu terjawab selepas nama Nik Abduh tidak diumumkan pada majlis pengisytiharan calon PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini sebentar tadi.

Sebelum ini terdapat ura-ura bekas Ahli Parlimen Bachok itu akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, apabila Mursyidul Am Pas Datuk Seri Hashim Jasin mengesahkan bahawa nama Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura, sekali gus layak menjadi calon parti itu pada PRN nanti.

Pada majlis tersebut Pas turut membuat kejutan selepas mengugurkan penyandang kerusi berkenaan Ahmad Fathan Mahmood dan menggantikan dengan muka baharu iaitu Nik Azman Baharum Nik Abdullah yang merupakan seorang peguam.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu menyaksikan Nik Abduh membuat keputusan mengejut dengan tidak mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

Sementara itu, nama Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri
Annuar Musa tidak tersenarai untuk diangkat sebagai calon PRN di negeri ini walaupun sudah melepasi senarai tapisan Majlis Syura Ulamak.

Annuar yang dibuang dari UMNO telah menyertai Pas pada 10 Jun lalu.

Sejak menyertai Pas, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu dilihat acap kali turun ke DUN Kadok untuk bertemu dengan penduduk di kawasan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN