PRN: Muhammad Faiz harap kekal sebagai calon DUN Permatang Pasir

PRN: Muhammad Faiz harap kekal sebagai calon DUN Permatang Pasir

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tengah) semasa sidang media Program Rahmah Mesra Madani Libat Urus Bersama Pengerusi LKIM di Kompleks Perikanan LKIM Genting, Tumpat, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil berharap terus diberi mandat untuk mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang 12 Ogos nanti. 

Ahli Majlis Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah)berkata, bagaimanapun beliau akan patuh kepada setiap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Jika ada calon lain untuk kerusi berkenaan, saya bersedia untuk melepaskannya demi untuk kemenangan parti. 

“Pada masa sama, saya juga bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan sekiranya diberi peluang berbuat demikian,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Rahmah Mesra Madani, Sesi Libat Urus Bersama Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kompleks Perikanan LKIM Geting, Tumpat, di sini hari ini.

Muhammad Faiz memberitahu, beliau sudah memberikan perkhidmatan terbaik semasa diberi mandat oleh parti bergelar ADUN Permatang Pasir sebelum ini.

Katanya, beliau akan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan menjadi milik Pakatan Harapan (PH) pada PRN nanti.

Media sebelum ini melaporkan, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dijangka bertanding di DUN Permatang Pasir dan akan dilantik ke jawatan penting sekiranya PH kembali mentadbir Pulau Mutiara itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Muhammad Faiz menang kerusi tersebut dengan majoriti 2,981 undi menewaskan calon Pas Muhammad Fauzi Yusoff dan Barisan Nasional (BN) Anuar Faisal Yahaya.

Muhammad Faiz memperoleh undi 9,708, Muhammad Fauzi (6,727) dan Anuar Faisal (4,979).-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya