PRN: Masa terbaik ubah Kelantan

PRN: Masa terbaik ubah Kelantan

ABDUL Rahman Mohamad (dua dari kanan) semasa Majlis Pelancaran Jentera BN di Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini menjadi medan terbaik buat rakyat Kelantan untuk mengubah masa depan mereka dengan menukar teraju pentadbiran negeri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, perubahan itu bagi memastikan pucuk pentadbiran negeri dengan pusat seiring supaya lebih banyak limpahan manfaat dapat dikecapi rakyat.

“Saya sekarang di Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai timbalan menteri mendapati banyak kemudahan diperlukan oleh Kelantan termasuklah tebatan banjir, jalan raya dan kemudahan asas lain. Jalan raya memang sangat penting sekarang ini dan kini dalam pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU). 

“Sebab itulah saya menyeru kepada masyarakat khususnya dalam Parlimen Gua Musang pastikan ketiga-tiga calon Barisan Nasional di bawah Kerajaan Perpaduan memperoleh kemenangan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Gua Musang di Bukit Cekati di sini, semalam.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, jentera BN Parlimen Kuala Lipis akan digerakkan ke negeri jiran bagi membantu kempen PRN.

Katanya, hampir 60 orang jentera dari Parlimen Kuala Lipis akan berkampung di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gua Musang iaitu Paloh, Galas dan Nenggiri sehingga hari mengundi.

“Jumlah itu mungkin bertambah kerana Kuala Lipis adalah lebih dekat dengan Gua Musang,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya