PRN: Lawan bapa, Ketua Pemuda UMNO Ketereh bincang dengan keluarga

PRN: Lawan bapa, Ketua Pemuda UMNO Ketereh bincang dengan keluarga

AFIQ Amani Annuar semasa berceramah pada program Pentas Pemuda Perpaduan Negeri Kelantan di Pekarangan Pejabat UMNO Negeri Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar akan berbincang terlebih dahulu dan mendapat pandangan ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan seandainya berlaku pertembungan dengan bapanya Tan Sri Annuar Musa dari Pas pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Afiq Amani menegaskan bahawa soal menjadi calon sebenarnya tidak pernah terlintas di fikirannya dan hanya memberi fokus untuk berkhidmat kepada parti.

“Kalau berlaku perkara itu (pertembungan ayah dan anak) saya akan fikirkan dan kena bincang bersama keluarga saya. Saya ada isteri serta anak-anak dan keputusan itu tidak boleh dibuat oleh saya seorang sahaja.

“Jadi kita tunggulah masanya… bila masa itu sampai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Pentas Pemuda Perpaduan Negeri Kelantan di Pekarangan Pejabat UMNO Negeri Kelantan, di sini malam tadi.

Afiq Amani memberitahu, dia masih ‘mentah’ untuk diangkat sebagai calon kerana baru beberapa bulan menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh.

“Banyak lagi perkara kena pelajari. Sebab itu saya pernah katakan kalau Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) serius hendak menang… sebenarnya ramai lagi calon yang lebih layak.

“Tetapi terpulanglah kepada pucuk pimpinan… biarlah mereka putuskan apa yang terbaik untuk BN-PH supaya boleh memenangi sebanyak mungkin kerusi dalam PRN kali ini,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa kemungkinan tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada PRN di pada 12 Ogos depan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bekas Setiausaha Agung UMNO itu difahamkan tidak berhasrat bertanding pada PRN ini kerana Annuar lebih sesuai berperanan di peringkat Pusat.

Menurutnya, nama Annuar sebelum ini berada dalam senarai calon Pas untuk bertanding dalam pilihan raya itu tetapi beliau tidak berminat  bertanding.-UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya