PRN: Ekonomi Kelantan lebih maju jika rakyat tukar pentadbiran

PRN: Ekonomi Kelantan lebih maju jika rakyat tukar pentadbiran

ADLY Zahari semasa semasa berceramah pada program Pentas Pemuda Perpaduan Negeri Kelantan di Pekarangan Pejabat UMNO Negeri Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ekonomi di negeri ini dijangka lebih maju dan berdaya saing jika rakyat sepakat melakukan perubahan dengan menukar teraju kempimpinan negeri pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Adly Zahari berkata, apabila perubahan dapat dilakukan rakyat di negeri ini akan menerima pelbagai peluang kerja lebih baik pada masa hadapan.

“Saya juga yakin jika rakyat Kelantan tahu bahawa perubahan itu tidak akan mencemarkan atau mengancam institusi Islam dan negeri ini tetap diperintah pemimpin Melayu secara keseluruhan. Oleh itu, saya optimis gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mampu tawan Kelantan.

“Ia bukan mustahil… ‘Universiti Politik Kelantan’ ini cukup penting yang mana rakyat negeri ini cukup memahami perjalanan politik negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Pentas Pemuda Perpaduan Negeri Kelantan di pekarangan Pejabat UMNO Negeri Kelantan, di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain Adly menjangkakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama akan menjadi salah satu kerusi panas di negeri ini selain kerusi-kerusi DUN di kawasan Parlimen Ketereh.

Katanya, setiap faktor akan diambil kira dalam mempersiapkan calon terutama di kerusi-kerusi panas termasuk persaingan daripada bekas-bekas kepimpinan UMNO dan pemimpin-pemimpin sedia ada.

“Memang kita jangka akan ada beberapa kerusi panas di Kelantan tetapi bagi kita, parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan mempunyai peluang di semua kerusi DUN yang ditandingi.

“Setiap parti akan mengemukakan calon masing-masing. PH akan memaklumkan senarai nama calon dalam tempoh masa terdekat dan difahmakan BN akan memaklumkan calon-calonnya pada 21 Julai nanti,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya