PRN: DAP Negeri Sembilan kekalkan 10 calon penyandang, satu muka baharu - Utusan Malaysia

PRN: DAP Negeri Sembilan kekalkan 10 calon penyandang, satu muka baharu

ANTHONY Loke Siew Fook (tengah) ketika hadir pada Majlis Pengenalan Calon PH Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: DAP Negeri Sembilan mengekalkan 10 orang penyandang sebagai calon bagi bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, DUN Rahang merupakan satu-satunya kerusi yang menampilkan calon muka baharu iaitu Desmond Siau Meow Kong yang akan menggantikan penyandang sebelum ini, Mary Josephine Prittam Singh.

“Misi Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan 19 kerusi yang mana 11 daripadanya adalah kerusi DAP iaitu dengan mempertahankan kerusi-kerusi penyandang sedia ada.

“Kebanyakkan kerusi mengekalkan status quo ataupun calon penyandang kecuali satu kerusi iaitu di DUN Rahang adalah muka baharu. Kami mengekalkan penyandang kerana mereka ada pengalaman di kawasan itu dan secara naratifnya calon-calon DAP di Negeri Sembilan kebanyakannya masih muda berusia antara 30 hingga 40-an,” katanya pada Majlis Pengenalan Calon PH Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Siew Fook yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti itu yakin akan menang dengan meletakkan calon penyandang berdasarkan kaji selidik yang dijalankan.

“Jadi kami masih mengekalkan penyandang-penyandang di kawasan kawasan yang mereka tandingi atau wakili, sebab saya telah pun membuat kaji selidik dan ada bertanya pandangan di peringkat akar umbi maka keputusan itu dibuat selepas pelbagai pertimbangan dibuat,” katanya yang turut akan mempertahankan DUN Chennah.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya