PRN: Calon BN di Negeri Sembilan terima maklum balas baik - Utusan Malaysia

PRN: Calon BN di Negeri Sembilan terima maklum balas baik

JALALUDDIN Alias ketika ditemui pemberita pada Program Malaysia Madani di dalam Perkhidmatan Awam Zon Selatan dan Penyerahan Jalur Gemilang kepada Cuepacs Negeri Sembilan, Melaka, Johor di Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menerima maklum balas yang baik dalam kalangan masyarakat dan ahli di peringkat akar umbi berkenaan calon-calon yang akan ditampilkan bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sebelum diumumkan sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi, setiap daripada telah melalui proses yang penuh teliti.

“Bagi UMNO dan BN, saya telah bersama kepemimpinan bahagian daerah dan bersama kepemimpinan tertinggi BN, kami sudah teliti satu persatu calon kami dan ini adalah antara calon yang terbaik yang kami pertaruhkan.

“Apabila pengumuman calon oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 21 Julai lalu, saya terus mendapat maklum balas yang memuaskan dan tidak timbul sebarang masalah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Malaysia Madani di dalam Perkhidmatan Awam Zon Selatan dan Penyerahan Jalur Gemilang kepada Cuepacs Negeri Sembilan, Melaka, Johor di sini hari ini. 

Sementara itu, jelasnya persediaan BN Negeri Sembilan kini berada pada peringkat akhir menjelang hari penamaan calon pada 29 Julai ini. 

“Bagi pihak BN, persiapan rapi sedang disusun dan telah sampai ke peringkat akhir sama ada daripada persediaan calon-calon yang telah pun diberikan mandat di 17 kawasan BN. 

“Saya juga meneliti dan melihat program pendekatan kepada setiap jentera pada setiap DUN hampir tahap maksimum mungkin kami sudah bersedia dan hanya menunggu hari penamaan calon.

“Apabila selesai penamaan calon kesemua 17 calon daripada BN akan berjumpa dengan setiap pengundi di kawasan DUN berkenaan, seramai mungkin bagi memenuhi keperluan kempen selama 14 hari itu,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya