PRN: Ahmad, Nik Mohd. Amar, bekas Ketua Pengarah JLKN antara calon yang diketengahkan Pas, PN di Kelantan - Utusan Malaysia

PRN: Ahmad, Nik Mohd. Amar, bekas Ketua Pengarah JLKN antara calon yang diketengahkan Pas, PN di Kelantan

AHMAD Yakob (tengah) bersama calon yang diumumkan bertanding pada PRN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengetuai 39 calon Pas yang diumumkan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Ahmad akan mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu sementara Mohd. Amar di kerusi Panchor.

PRN kali ini Ahmad yang sudah enam penggal menjadi wakil rakyat menerima tentangan dari calon PKR Zamak Shari Ibrahim.

Sementara Nik Mohd. Amar akan ditentang oleh Syed Ali Dustur Syed Mohd. Zain dari PKR.

Pas yang bertanding 39 kerusi mempertaruhkan 23 muka baharu yang bertanding di kawasan Jeli dan Gua Musang meliputi pelbagai latar belakang iaitu ulamak, teknokrat, peguam, aktivis masyarakat serta wanita dalam usaha mengekalkan tampuk pentadbiran selain membawa nafas baharu.

Pada masa sama, Pas menggugurkan seramai 15 penyandang kerusi antaranya Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita Datuk Mumtaz Md. Nawi (Demit), Datuk Anuar Tan Abdullah (Kota Lama), Ahmad Fathan Mahmood (Chempaka), Datuk Dr. Ramli Mamat (Bunut Payong) serta Datuk Mohamad Awang (Gua Periok).

Selain itu, Abdul Rahman Mohamed (Apam Putra), Saiful Adli Abu Bakar (Salor), Abdul Azziz Kadir (Jelawat), Datuk Hassan Mahmood (Tawang) Wan Hassan Wan Ibrahim (Semerak), Mohd. Rosli Ismail (Kemuning), Mohd. Nazlan Mohamed Hasbullah (Limbongan), Allahyarham Mohd. Yusnan Yusoff (Melor) dan Muhammad Mat Sulaiman (Mengkebang).

Dalam pada itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menggunakan simbol bulan bertanding di enam DUN.

Pengerusi Bersatu negeri Datuk Kamarudin Md. Nor mengetahui kerusi parti bagi DUN apabila bertanding di Air Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi (Kok Lanas), bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (Kuala Balah), Datuk Shaari Hussin (Paloh) Mohd. Almidi Jaafar (Bukit Bunga), Bahari Mohd. Nor (Gual Ipoh) dan Mohd. Azizi Abu Naim (Nenggiri).

SENARAI NAMA CALON PAS DAN PERIKATAN NASIONAL BAGI PRN KELANTAN

N01. Pengkalan Kubur- Wan Roslan Wan Hamat
N02. Kelaboran-Mohd. Adanan Hasan
N03. Pasir Pekan- Datuk Ahmad Yakob
N04. Wakaf Bharu-Mohd.Rusli Abdullah
N05. Kijang- Datuk Dr Izani Husin
N06. Chempaka- Nik Asma Baharum Nik Abdullah (Muka Baharu)
N07. Panchor- Datuk Amar Nik Abdullah
N08. Tanjung Mas- Rohani Ibrahim
N09. Kota Lama – Datuk Zamri Ismail (Muka Baharu)
N10. Bunut Payong -Shaari Mat Yaman (Muka Baharu)
N11. Tendong- Rozi Muhammad
N12. Pengkalan Pasir- Mohamad Nasriff Daud (Muka Baharu)
N13. Meranti-Datuk Mohd. Nassuruddin Daud
N14. Chetok- Zuraidin Abdullah
N15. Gual Periuk-Kamaruzaman Mohamad (Muka Baharu)
N16. Apam Putera-Zamaksari Muhamad (Muka Baharu)
N17. Salor- Mohd. Saizol Ismail (Muka Baharu)
N18. Pasir Tumbuh- Abdul Rahman Yunus
N19. Demit- Mohd.Asri Mat Daud (Muka Baharu)
N20. Tawang-Harun Ismail (Muka Baharu)
N21. Pantai Irama- Huzaimy Che Husin
N22. Jelawat -Zameri Mat Nawang (Muka Baharu)
N23. Melor-Wan Rahimi Wan Daud (Muka Baharu)
N24. Kadok- Datuk Azami Mohd. Nor
N25. Kok Lanas -Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi
(Bersatu)
N26. Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
N27. Gual Ipoh- Bahari Mohd Noor (Bersatu)
N28. Kemahang- Datuk Md. Anizam Abdul Rahman
N29. Selising- Tuan Mohd. Saripuddin Tuan Ismail -PAS
N30. Limbongan -Nor Asilah Mohamed Zain (Muka Baharu)
N31. Semerak- Norsham Sulaiman (Muka Baharu)
N32. Gaal- Muhamad Rodzi Jaafar
N33. Pulai Chondong – Azhar Salleh
N34. Temangan – Datuk Dr. Muhammad Fadhli Hasan
N35. Kemuning -Ahmad Zaharan (Muka Baharu)
N36. Bukit Bunga- Mohd. Almidi Jaafar (Bersatu)
N37. Ayer Lanas- Datuk Kamarudin Mohd. Nor
N38. Kuala Balah- Datuk Abdul Hadi Awang Kechil
N39. Mengkebang-Zubir Abu Bakar (Muka Baharu)
N40. Guchil- Hilmi Abdullah
N41. Manek Urai-Mohd. Fauzi Abdullah
N42. Dabong-Ku Zaki Ku Husin
N43. Nengiri-Mohd. Aziz Abu Naim (Bersatu)
N44. Paloh-Datuk Shaari Mohd. Nor (Bersatu)
N45. Galas-Mohd. Tarmizi Abdul Rahman (Muka Baharu)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya