PRN: Agenda Kerajaan Perpaduan perlu direalisasikan di Kelantan

PRN: Agenda Kerajaan Perpaduan perlu direalisasikan di Kelantan

ASYRAF Wajdi Dusuki (tengah) bersama calon BN DUN Semerak Marshella Ali (empat kiri) semasa mengiringkan penamaan calon di Dewan SMK Kamil Pasir Puteh, Kelantan hari ini-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Rakyat Kelantan perlu memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan persekutuan pada hari ini merupakan cerminan yang perlu diwujudkan di negeri ini demi kelangsungan kesejahteraan, kebajikan rakyat, pembangunan ukhrawi dan duniawi yang seimbang.

Menurutnya, UMNO dan parti komponan dalam PH di Kelantan menawarkan perkhidmatan itu hanya untuk tempoh lima tahun atau sepenggal bagi membuktikan keupayaan dan merealisasi pelbagai agenda untuk rakyat.

“Sekiranya, kami gagal membangunkan negeri yang ditadbir Pas lebih 30 tahun ini, kami reda dan sedia berundur pada pilihan raya akan datang.

“Angin perubahan dilihat makin kuat dan kita berdoa rakyat berpihak kepada kita bagi mewujudkan kerajaan yang seiring dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! selepas mengiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak dan Gaal di Pusat Penamaan Calon Dewan Kompleks Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh memberitahu, rakyat Kelantan tidak perlu khuatir terhadap kepentingan Islam,Melayu dan bumiputera kerana ia menjadi tunjang kuat perjuangan parti Melayu dalam Kerajaan Perpaduan.

“Siapa sebenarnya berjuang memelihara (kepentingan Islam dan Melayu) selama ini? Pastinya UMNO seperti yang dinikmati rakyat selama lebih 60 tahun,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya