Polis terima 13 laporan berkaitan pelaburan Personal Banc 

Polis terima 13 laporan berkaitan pelaburan Personal Banc 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menerima 13 laporan polis berkaitan penipuan skim pelaburan Personal Banc membabitkan kerugian berjumlah RM8.5 juta sejak bulan lepas. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, laporan polis dibuat oleh mangsa selepas mereka gagal menerima pulangan yang dijanjikan.

Katanya, siasatan mendapati skim pelaburan yang dianjurkan oleh Syarikat Personal Banc Bhd. itu menawarkan dividen 20 hingga 30 peratus sebulan bagi setiap pelaburan pokok. 

“Kerugian paling rendah bagi seorang mangsa setakat ini adalah RM50,000 manakala paling tinggi adalah RM3.25 juta. 

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut dan belum ada tangkapan dibuat. Kita percaya dalangnya adalah warga tempatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 13 laporan polis diterima berkait kes ini sejak akhir Jun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Jelasnya, satu laporan diterima di daerah Brickfields dengan kerugian RM280,000, manakala tiga laporan di Cheras (RM800,000), Sentul (lima laporan, RM4.1 juta), Putrajaya (satu laporan, RM331,000) dan Wangsa Maju (tiga laporan, RM2.9 juta).

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily menasihati orang ramai yang menjadi mangsa kepada skim pelaburan in supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan polis.

Pihak polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya