Polis siasat dakwaan aktivis pelarian Myanmar, keluarga diculik 

Polis siasat dakwaan aktivis pelarian Myanmar, keluarga diculik 

Nidza Afham
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan sudah menerima laporan polis mengenai seorang aktivis pelarian Myanmar dan keluarganya yang didakwa diculik beberapa lelaki tidak dikenali di rumah mereka di Ampang Jaya di sini pada 4 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dibuka mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) orang hilang.

“Kita sudah menerima laporan polis yang dibuat berkaitan perkara ini.

“Susulan itu, siasatan dibuka mengikut KEP orang hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) mendakwa seorang aktivis pelarian Myanmar dan keluarganya diculik beberapa lelaki tidak dikenali di rumah mereka di negara ini pada 4 Julai lalu.

Memetik laporan HRW, Thuzar Maung dan suami, Saw Than Tin Win serta tiga anak mereka diculik dari rumahnya di Ampang Jaya pada 4 Julai lalu.

Menurutnya, kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan keterangan saksi sambil menambah Thuzar adalah penyokong lantang gerakan pro-demokrasi di Myanmar.

“Kami bimbang dengan keselamatan Thuzar dan keluarganya yang diculik dalam operasi terancang. Kerajaan perlu bertindak segera mencari keluarga itu dan memastikan keselamatan mereka.

“Sebuah kereta memasuki komuniti berpagar mereka kira-kira 4.30 petang, 4 Julai lalu dan memberitahu pengawal keselamatan mereka kononnya polis,” katanya.

Thuzar melarikan diri dari Myanmar pada 2015 sebelum beliau dan keluarganya diiktiraf Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai pelarian di Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya