Polis Kelantan tegas tangani provokasi melibatkan 3R semasa PRN

Polis Kelantan tegas tangani provokasi melibatkan 3R semasa PRN

MUHAMAD Zaki Harun-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihaknya yang cuba melakukan sebarang provokasi berkait isu 3R (kaum, agama dan institusi raja) sepanjang tempoh pilihan raya negeri (PRN).

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pada masa sama pihaknya turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik sebarang ‘hantaran’ di media sosial atau menyebarkan berita yang boleh menggugat kenteraman dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat terutama menyentuh isu-isu 3R.

“Warga yang baik (penduduk) tentunya tidak mahu berlaku perkara-perkara yang menjatuhkan imej negeri yang merugikan kita semua.

“Sesiapa yang ada maklumat mengenai kejadian dan perkara ini, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di talian 09-7455622 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) akan didakwa berhubung kenyataan mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya di Mahkamah Sesyen Selayang.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik minggu lalu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Simpang Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara di Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya