PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat bagi menentukan hala tuju baharu ekonomi negara demi menjamin masa depan rakyat lebih baik. Pelancaran tersebut dijadual diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di ibu negara pada pukul 9 pagi ini. Berkongsikan perkara itu di Facebook, Perdana Menteri berkata, dasar tersebut adalah hala tuju baharu kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang. “Esok saya akan meluncurkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Nantikan, insya-Allah,” kata Anwar. Pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya