KUALA LUMPUR: Majlis Peguam akan terus mendesak kerajaan supaya memenuhi tuntutan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung isu kewarganegaraan khususnya anak kepada wanita Malaysia dan pasangan warga asing yang dilahir di luar negara. Berdasarkan rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN), kerajaan menerima 688 permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan bagi kes tersebut dan jumlah itu adalah daripada keseluruhan 150,000 permohonan warganegara diterima. Desakan Majlis Peguam selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang akan membentang pindaan Perlembagaan pada sidang Dewan Rakyat, Oktober ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya