Pihak tidak bertanggungjawab palsukan muka depan Mingguan

Pihak tidak bertanggungjawab palsukan muka depan Mingguan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak tidak bertanggungjawab dikesan memalsukan dan memanipulasi tajuk muka depan Mingguan Malaysia terbitan semalam, 9 Julai 2023.

Muka depan akhbar Mingguan Malaysia yang sebenarnya memaparkan ‘Hutang Felda: Siapa bohong?’ merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar berkata, tajuk yang dimanipulasi iaitu ‘Hutang Felda: Anwar bohong’ itu kini tersebar dalam media sosial serta dikongsikan di aplikasi mesej termasuk WhatsApp.

“Media Mulia Sdn. Bhd. sebagai penerbit Mingguan Malaysia kecewa dan marah bahawa nama baik akhbar ini diheret ke kancah politik murahan pihak tidak bertanggungjawab.

“Semua akhbar di bawah Media Mulia tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan neutral dalan pelaporan semua berita sebagai syarikat media yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Azlan turut memandang serius terhadap sebarang usaha memburukkan semua akhbar dan platform di bawah Media Mulia.

“Ahli politik, parti dan penyokong harus meyakinkan pengundi dengan visi, harapan, fakta dan hujah dan bukan dengan kaedah murahan seperti mengubah tajuk akhbar.

“Kita sangat marah apabila Malaysia dilabel sebagai negara dunia ketiga, tetapi perlakuan seperti ini untuk memenangi pilihan raya menjadikan kita lebih rendah martabatnya daripada negara mundur,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya