PH-BN di Negeri Sembilan tubuh Sekretariat Pemuda Perpaduan hadapi PRN - Utusan Malaysia

PH-BN di Negeri Sembilan tubuh Sekretariat Pemuda Perpaduan hadapi PRN

Ahli jawatankuasa Sekretariat Pemuda Perpaduan Negeri Sembilan bergambar bersama selepas mengadakan mesyuarat kali pertama di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Gabungan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan hari ini membentuk Sekretariat Pemuda Perpaduan Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Sekretariat berkenaan yang juga Ketua Pemuda PH Negeri Sembilan, Mohd. Hanis Alimin berkata, pertemuan kedua-dua belah pihak pada hari ini telah mencapai beberapa keputusan kolektif termasuk berkaitan gerak kerja bersama dalam kempen PRN berkenaan.

“Hari ini detik bersejarah bagi kami pemuda-pemuda di Negeri Sembilan yang menyaksikan gabungan dua blok parti terbesar di negeri ini iaitu PH dan BN, beberapa kata sepakat telah dipersetujui dalam semangat pemuda Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

“Kami akan saling menjalankan gerak kempen bersama malah persetujuan di peringkat kepemimpinan tertinggi juga, kami akan berasas di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, jika BN bertanding, jentera PH yang berada di situ akan bantu untuk menang DUN berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

MOHD HANIS ALIMIN

Sementara itu, Ketua Pemuda BN Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin pula berkata, gerak kerja dan kempen bersama itu adalah bagi memastikan gabungan BN dan PH dapat memenangi kesemua kerusi DUN di negeri ini pada PRN kelak.

“Di peringkat pemuda, kami komited untuk memastikan kemenangan PH dan BN di setiap DUN yang ditandingi, bagi BN akan memastikan jentera-jentera di peringkat cawangan turut turun membantu,” katanya lagi.

Sementara itu, kedua-dua belah pihak optimis akan ada wakil golongan muda yang akan ditampilkan parti masing-masing pada PRN kelak namun menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk kepemimpinan untuk membuat keputusan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya