Pesawat pertama bawa pulang jemaah haji selamat mendarat di Kelantan

Pesawat pertama bawa pulang jemaah haji selamat mendarat di Kelantan

SEBAHAGIAN daripada jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan awal pagi tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pesawat pertama yang membawa 139 orang jemaah haji negeri ini selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) awal pagi tadi.

Pesawat tersebut selamat mendarat di LTSIP pada pukul 2.45 pagi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata para jemaah haji itu kelihatan ceria dan berada dalam keadaan sihat.

Turut menanti ketibaan para jemaah itu adalah sanak-saudara yang berhimpun di kawasan balai ketibaan LTSIP

Situasi sebak turut dapat dilihat sebaik sahaja para jemaah memeluk sanak-saudara yang menunggu kepulangan mereka.

Seorang jemaah yang mahu dikenali sebagai Alias, 60, menzahirkan rasa syukur selamat tiba di bumi Kelantan.

Katanya, pada masa sama dia turut bersyukur diberikan  kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima itu.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya