MERBOK: Sejak dahulu hingga sekarang pendapatan isi rumah golongan pesawah tidak meningkat kerana hasil tanaman tidak produktif terutamanya yang mengerjakan sawah kurang dua hektar. Ketika ditemui Utusan Malaysia, ramai mengakui terpaksa bergantung kepada ‘orang tengah’ untuk mengusahakan tanah selain melakukan kerja-kerja sampingan demi mencari pendapatan menyara keluarga. Khidmat orang tengah bukan sahaja sepanjang proses tanaman hingga menuai, tetapi turut membabitkan bantuan kewangan jika tiba-tiba keadaan terdesak. Seorang pesawah, Azizan Md. Zaid, 61, dari Kampung Bujang berkata, hampir keseluruhan 1,000 pesawah yang mengerjakan kira-kira 300 hektar sawah di kawasan itu bergantung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya