Peruntukan RM10 juta laksana program PEKB tahun ini - Utusan Malaysia

Peruntukan RM10 juta laksana program PEKB tahun ini

SERAMAI 54 peserta menerima peralatan perniagaan seperti ketuhar, penyejuk dan pengadun pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di Dewan Teja Skill, Tanjung Lumpur di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM10 juta bagi menjayakan pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB), tahun ini.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, seramai 835 orang di bawah e-Kasih menyertai program itu dengan mengikuti latihan disediakan.

Menurutnya, sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik sekali gus memilih peserta berdasarkan proses pencarian dan bancian mengikut kriteria ditetapkan.

“Dalam program itu, mereka diberikan ruang untuk menjalani kursus kemahiran dan ini mengikut kesesuaian apa yang mereka mahukan dan juga latar belakang peserta itu sendiri.

“Sebagai contoh, NGO itu telah melaksanakan proses bancian terlebih dahulu untuk memastikan para peserta yang ditawarkan ini sesuai dengan apa yang hendak kita tawarkan.

“Selepas tamat menjalani latihan, peserta diberikan peralatan perniagaan secara percuma mengikut keperluan masing-masing untuk berniaga seterusnya meningkatkan pendapatan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan program PEKB di Dewan Teja Skill di Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 54 peserta di bawah NGO, Wanita Inspirasi Kuantan dari Pahang dan Yayasan Bestari Malaysia dari Terengganu menerima peralatan perniagaan seperti ketuhar, penyejuk dan pengadun.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, NGO yang dilantik digalakkan terus memantau aktiviti pernigaaan peserta selama tiga bulan supaya mereka mampu menjana pendapatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya