Penurunan tanah dikesan awal sebelum mendapan di KM66.2 KLK - Utusan Malaysia

Penurunan tanah dikesan awal sebelum mendapan di KM66.2 KLK

KERJA-kerja baik pulih tanah mendap yang berlaku di kilometer 66.2, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berhampiran Plaza Tol Bentong sedang dilakukan dan dijangka siap pukul 7 malam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penurunan tanah dikesan awal berlaku di kilometer 66.2, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berhampiran Plaza Tol Bentong sebelum kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku di situ.

Syarikat pengendali projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL) dalam kenyataannya berkata, penurunan tanah itu dikesan melalui sistem pemantauan pihaknya untuk kerja-kerja terowong bawah tanah.

MRL berkata, kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) syarikat tersebut segera memaklumkan kepada pengendali KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad untuk menutup kawasan terjejas kepada lalu lintas.

“Ini dilakukan sebelum berlaku tanah mendap di situ bagi membolehkan pelaksanaan segera langkah-langkah pengurangan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Semalam, ANIH Bhd. mengesahkan penutupan sebahagian lebuh raya di kedua-dua arah disebabkan kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong di KM66.2.

Kenyataan MRL berkata, pegawai kanan syarikat tersebut dan kontraktor EPPC CCC-ECRL turut memberi taklimat kepada pihak yang berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), polis, bomba dan ANIH tentang kejadian itu.

“Siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar tanah mendap itu masih diteruskan.

“Pasukan Projek ECRL juga telah menghantar jentera dan tenaga kerja untuk memulakan kerja-kerja menutup lubang mendapan.

“Pengisian konkrit sudah siap pagi ini. Proses pembaikan sedang dijalankan dan dijangka siap pada pukul 7 malam hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN