Penolong pegawai Jakoa Lipis didenda RM3,000 - Utusan Malaysia

Penolong pegawai Jakoa Lipis didenda RM3,000

AHMAD AKMI Mohamad (kanan) diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penolong Pegawai Pertanian di Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Lipis didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan RM300.

Tertuduh, Ahmad Akmi Mohamad, 40, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Ahmad Akmi menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama pada 19 Mei lalu.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada 19 Mei lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang sama dan dikenakan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta beberapa syarat termasuk perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga perbicaraan kes itu selesai serta menyerahkan dokumen perjalanan.

Berdasarkan kertas pertuduhan pilihan pertama, Ahmad Akmi didakwa menerima suapan wang tunai tanpa balasan sebanyak RM200 daripada individu diketahuinya mempunyai hubungan kerja-kerja rasminya sebagai Penolong Pegawai Pertanian di Jakoa Lipis.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai mamak Tempoyang di Kuala Lipis, kira-kira pukul 4 petang pada 5 Januari lalu.

Dalam pada itu, bagi pertuduhan pilihan kedua, tertuduh sekali lagi didakwa menerima suapan tanpa balasan wang tunai bernilai RM100 melalui mesin deposit tunai berdasarkan perkara dan individu yang sama di Bank CIMB cawangan Mentakab, kira-kira pukul 1 tengah hari pada 7 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rifah Izatti Abdul Mutalif mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Seksyen 25 (1) Akta SPRM.

Bagaimanapun, peguam, Khairul Amin Abdullah yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman terhadap anak guamnya dikurangkan berikutan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Sementara itu, hakim juga memutuskan tertuduh tidak didakwa bagi baki pertuduhan pilihan kedua yang diambil kira mengikut Seksyen 25 (1) Akta SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya