Penjawat awam terkejut kereta disimbah cecair merah jambu

Penjawat awam terkejut kereta disimbah cecair merah jambu

CHE Mohd. Intizan menunjukkan laporan polis selepas keretanya disimbah cecair merah jambu di Kampung Pangkalan Datu, Sering di Kota Bharu, Kelantan kelmarin.UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penjawat awam terkejut apabila melihat kereta yang diparkir di dalam garaj rumahnya disimbah campuran cecair berwarna merah jambu dalam kejadian di Kampung Pangkalan Datu, Sering di sini, kelmarin.

Kejadian pukul 9 malam itu disedari mangsa Che Mohd. Intizan Kamarudin, 40, selepas selesai makan malam bersama ahli keluarganya di rumah.

Menurutnya, dia hairan apabila rumahnya menjadi sasaran ah long kerana dia tidak pernah meminjam wang atauberurusan dengan  sindiket pinjaman wang tanpa lesen.

“Sebaik membuka pintu rumah, saya terkejut melihat kereta jenis Perodua Viva yang berada di dalam garaj disimbah dengan cecair berwarna merah jambu.

“Individu yang menyimbah cecair itu turut meninggalkan enam keping kertas bertulisan ‘bayar hutang cibai’ di atas lantai parkir kereta,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.

Che Mohd. Intizan memberitahu, dia buntu dan hairan dengan tindakan itu kerana tidak pernah berhutang dengan ah long kecuali dengan pihak bank.

Katanya, dia mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan oleh individu yang berdendam dengannya dan bukannya disebabkan oleh hutang.

“Saya syak perbuatan ini dilakukan oleh orang di kawasan ini. Polis ada membuat tangkapan kes dadah di belakang rumah saya tiga hari lalu.

“Mungkin ada pihak yang berdendam apabila beranggapan bahawa saya yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” ujarnya.

Che Mohd. Intizan berkata, dia sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu di sini berhubung kejadian itu semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan pihak menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati, kereta mangsa disimbah dengan campuran cecair dan bukannya cat.

“Kita sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek kes tersebut,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya