Pengutip sampah bertukar jutawan hartanah tinggalkan media

Pengutip sampah bertukar jutawan hartanah tinggalkan media sosial

TANGKAP layar status Mohammad Azlan Abdullah dalam Facebook hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Mohammad Azlan Abdullah @ Ali yang menempa nama selepas mengubah hidupnya daripada bekerja sebagai pengutip sampah kepada seorang ahli perniagaan hartanah membuat keputusan untuk meninggalkan dunia media sosial.

Katanya, beliau ingin memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang perniagaan dengan menceburi dunia urus tadbir korporat di bawah bimbingan tokoh-tokoh tertentu yang berwibawa serta berpengalaman.

Justeru, beliau bertekad untuk keluar dan menjauhkan diri sepenuhnya daripada semua platfom laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Tik Tok dan sebagainya.

“Saya mengariskan hala tuju dan matlamat perniagaan yang jelas untuk dicapai bermula sekarang. Fokus dan tumpuan saya bermula sekarang ialah membangunkan syarikat syarikat saya ke tahap kemajuan yang cemerlang dan membanggakan.

“Saya tidak pernah serik dengan hingar bingar dunia alam maya. Hanya saya merasa terlalu banyak membuang waktu serta membazirkan masa untuk merenangi jernih keruhnya arus di situ,” katanya dalam kenyataan dalam media sosial.

Katanya, beliau tidak mahu lagi melayani hiruk-pikuk serta gosip dunia alam maya yang tidak bersempadan dan mengakui walaupun ada kebaikan penggunaannya, tetapi menganggap ramai yang menyalahgunakan teknologi tanpa batas sehingga lebih banyak kerosakan serta keburukan yang disebarkan berbanding kebaikan.

“Meninggalkan dunia alam maya bukanlah bererti saya mahu kembali ke zaman purba atau meletakkan diri jadi terasing, tapi, saya mahu menjalani hidup dengan penuh beretika serta berdisiplin. Selebihnya, doa tetap menjadi talian ukhuwah antara kita semua.

“Selepas ini, Insya-Allah saya akan bergaul dan menjalin rangkaian dengan lebih ramai golongan korporat, pada masa sama menggunakan setiap kesempatan dan ruang untuk mewujudkan peluang-peluang baharu dalam perniagaan. Menjadi tanggungjawab saya untuk membina dan memajukan syarikat yang saya kemudi ke tahap cemerlang,” katanya.

Selepas ini, katanya, semua platform laman sosial beliau akan diambil alih serta dikendalikan sepenuhnya oleh pengurus media sosial sebagai salah satu medium untuk para pelanggan mendapatkan apa jua maklumat semasa namun beliau tidak lagi aktif secara peribadi seperti sebelumnya.

“Saya sekadar menyampaikan pesan dan ingatan, supaya admin-admin hanya berkongsi apa jua maklumat kebaikan kepada umum serta berhemah dalam mengendalikan laman sosial demi menjaga keharmonian bersama.

“Pejabat dan talian perhubungan syarikat saya sentiasa terbuka untuk berurusan mahupun menguruskan urusan perniagaan dengan pelanggan kami,” katanya.

Katanya, suatu hari nanti, pada masa hadapan, jika ada keperluan, mungkin beliau akan kembali aktif di media sosial.

“Namun jauh di sudut hati, jujurnya saya rasa selepas ini saya lebih selesa meneruskan hidup tanpa sebarang laman sosial.

“Tumpuan saya selepas ini ialah untuk terjun sepenuhnya dalam perniagaan dengan lebih banyak mendalami dunia korporat dan memberi tumpuan bagi membina sahsiah diri ke arah lebih mantap,“ katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya