PETALING JAYA: Pengurusan pendidikan sekolah agama di negara ini didakwa tidak seragam ekoran terdapat lebih daripada satu organisasi yang menguruskannya. Pada masa ini pengurusan sekolah agama terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), majlis-majlis agama negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak persendirian. Ia menyebabkan tiada keseragaman kurikulum dan pentaksiran peperiksaan sekali gus memberi kesan kepada standard pendidikan Islam yang sepatutnya. Lebih membimbangkan, bagaimana pula kelayakan guru sekiranya terdapat sekolah agama yang tidak berdaftar. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan, Majlis Profesor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya