Pengedar dadah dituduh miliki pistol

Pengedar dadah dituduh miliki pistol

TERTUDUH diiring polis semasa hadir untuk sesi perbicaraan di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pengedar dadah jenis pil kuda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki pistol tanpa kebenaran di sebuah rumah Kampung Tok Ku, Sering dekat sini pada minggu lalu.

Tertuduh, Nik Ahmad Syazwan Mohd. Jali, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata api berbahaya iaitu sepucuk pistol bertulisan .38 S&W Special CTG Made In USA, Marcas Registradas Smith & Wesson Springfield Mass tanpa maksud yang sah atau mempunyai kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa.

Perbuatan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Tok Ku, Sering di sini kira-kira pukul 11.10 pagi pada 3 Julai lalu.

Nik Ahmad Syazwan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan enam sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan berat dan tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes, lantikan peguam dan serahan dokumen.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, polis menahan sepasang suami isteri dan merampas 5,770 pil kuda serta sepucuk pistol dalam serbuan di tepi jalan hadapan sebuah rumah di Kampung Sering, Tok Ku, di sini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya