Penerbangan ihsan bawa bayi baru lahir dari Pulau Tioman - Utusan Malaysia

Penerbangan ihsan bawa bayi baru lahir dari Pulau Tioman

PENERBANGAN ihsan Maritim Malaysia bagi membawa bayi berusia satu hari untuk menerima rawatan segera di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi baru dilahirkan berusia satu hari dari Pulau Tioman di Rompin, dekat sini dipercayai menghidapi jangkitan kuman pada organ paru-paru.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima panggilan kecemasan dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya pada pukul 3.30 petang semalam.

Menurutnya, pihak Maritim Malaysia ditugaskan untuk memindahkan bayi berkenaan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi mendapatkan rawatan segera.

“Penerbangan ihsan menerusi Mercy Flight ini menggunakan helikopter jenis Agusta AW 139 milik Maritim Malaysia. Penerbangan dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) pada pukul 3.40 petang, semalam dan tiba di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman pukul 5.03 petang.

“Pemindahan tersebut turut diiringi oleh staf klinik kesihatan dan ibubapa bayi berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamal Ariffin berkata, pesawat terbabit mendarat di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada pukul 6.39 petang, semalam.

Jelasnya, kemudian bayi tersebut dipindahkan ke ambulans untuk dibawa ke HTAA bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya