Penemuan bom: Polis teliti rakaman CCTV dan 9 saksi dirakam

Penemuan bom: Polis teliti rakaman CCTV dan 9 saksi dirakam percakapan

POLIS giat jalankan siasatan terhadap kes penemuan bom buatan sendiri pada kereta milik Siti Kassim dan menggangap tindakan ini sebagai cubaan bunuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan sembilan saksi bagi menyiasat penemuan objek jenis Improvised Explosive Device (IED) di tayar belakang kereta milik aktivis, Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim pada Jumaat lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan tempat-tempat yang dimaklumkan oleh Siti Kasim sedang giat dilakukan bagi mengesan pelakunya.

“Rakaman CCTV diperoleh dan sedang diteliti. Kita masih jalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan penemuan objek itu sebagai satu jenayah serius dan ancaman bom umpama cubaan membunuh.

Beliau memberitahu Utusan Malaysia semalam bahawa pihak polis sedang mengesan cap jari serta bukti-bukti berkaitan bagi siasatan lanjut dalam usaha menjejak pelakunya.

Tegas beliau, tindakan agresif dalam siasatan ini akan diambil memandangkan jenayah sebegini tidak boleh dibiarkan kerana memberi peluang kepada individu tidak bertanggungjawab melakukan perkara sedemikian.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya