Pembonceng maut, motosikal rempuh penghadang

Pembonceng maut, motosikal rempuh penghadang

LOKASI kemalangan yang meragut nyawa seorang pembonceng selepas motosikal dinaikinya hilang kawalan lalu merempuh penghadang di Kilometer 70, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang, Kelantan, semalam.-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pembonceng maut selepas motosikal yang ditunggang rakannya hilang kawalan lalu terbabas  dan merempuh penghadang jalan di Kilometer 70, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, semalam.

Mangsa Muhammad Hilman Husaini Abdullah, 21, bagaimanapun meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari semasa sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai manakala, penunggang, Muhammad Ikhwan Farhan Nor Arzman, 21, patah tangan sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku pada pukul 11.15 pagi ketika mangsa membonceng motosikal jenis Yamaha Y15ZR bersama seorang lelaki.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian motosikal yang ditunggang oleh Muhammad Ikhwan Farhan telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Ekoran itu, motosikal tersebut telah merempuh penghadang jalan di sebelah kiri jalan menghala ke arah Kuala Krai.

“Semasa kejadian, motosikal itu arah Kuala Krai menghala ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, penunggang dan pembonceng dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, bagaimanapun pembonceng disahkan meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari semasa menerima rawatan.

“Mayat pembonceng motosikal tersebut dibawa ke Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk di bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya