Pekerja kedai langsir mengaku salah rogol budak 13 tahun - Utusan Malaysia

Pekerja kedai langsir mengaku salah rogol budak 13 tahun

SEORANG lelaki berusia 27 tahun (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap seorang budak berusia 13 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang pekerja kedai langsir mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual  terhadap seorang budak berusia 13 tahun, minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan itu  selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasar pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berumur 13 tahun satu bulan di dalam kereta Proton Persona antara pukul 8 hingga 9.30 malam di hadapan kedai makan di sebuah flat di Kluang.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, manakala bagi pertuduhan ketiga dituduh melakukan amang seksual di tempat dan masa sama.

Bagi kesalahan rogol, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan persetubuhan di luar tabii pula, dia didakwa di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan amang seksual, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak  2017 dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Danial memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan satu jenayah berat dan serius.

Hakim kemudian menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh jatuh hukuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya