Pekerja kedai langsir dipenjara 19 tahun, lapan sebatan rogol remaja OKU - Utusan Malaysia

Pekerja kedai langsir dipenjara 19 tahun, lapan sebatan rogol remaja OKU

ASMIRUL SHAQIRIN SALI dihukum penjara 19 tahun serta lapan sebatan selepas mengakui bersalah merogol remaja OKU pada 8 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang pekerja kedai langsir yang mengaku bersalah merogol remaja berstatus orang kurang upaya (OKU) dalam sebuah kereta di Kluang, awal bulan ini dihukum penjara 19 tahun serta lapan sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat turut menegur perbuatan tertuduh terhadap mangsa.

“Dia (mangsa) minta tolong tapi kamu tidak layan, kenapa sampai tergamak kamu memperlakukan sedemikian terhadapnya? Tidakkah ada simpati ke atasnya?” katanya sebelum menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun serta lapan sebatan terhadap tertuduh.

Tertuduh, Asmirul Shaqirin Sali, 27, bukan sahaja merogol, malah turut mengaku meliwat dan melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia berusia 13 tahun itu.

Dia membuat pengakuan bersalah pada 16 Julai lalu dan  mengulangi pengakuan sama sebaik semua pertuduhan dibaca sekali lagi oleh jurubahasa mahkamah hari ini.

Semua kesalahan itu dilaporkan berlaku di hadapan sebuah kedai makan, antara pukul 8 hingga 9.30 malam, 8 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala  di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Abu Bakar kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, lima sebatan bagi kesalahan merogol, enam tahun penjara dan dua sebatan (meliwat) serta tiga tahun penjara dan satu sebatan (amang seksual fizikal).

Beliau mengarahkan hukuman bagi ketiga-tiga pertuduhan dijalankan secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 9 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya