Pegawai polis maut dengan kesan tembakan di kepala - Utusan Malaysia

Pegawai polis maut dengan kesan tembakan di kepala

KEADAAN di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban di mana dijalankan proses bedah siasat mayat seorang pegawai polis yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala dalam kejadian di IPD Rembau, petang semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pegawai polis ditemukan mati berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Pihak polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan menghormati keluarga si mati,” katanya hari ini.

Terdahulu Utusan Online melaporkan anggota polis yang terlibat dalam kejadian berkenaan berusia 58 tahun dan berpangkat sarjan.

Sementara itu, tinjauan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban turut kelihatan beberapa orang anggota dan pegawai polis termasuk Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui memberitahu, kejadian itu sesuatu yang mengejutkan kerana mangsa yang sangat rajin serta sering membantu malah disenangi komuniti setempat di kawasan taman perumahan mereka.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya