Pasukan basikal Perlis sedia ‘ gempur’  Kejohanan Kebangsaan Berbasikal 

Pasukan basikal Perlis sedia ‘ gempur’  Kejohanan Kebangsaan Berbasikal 

MUHAMMAD Azmir Azizan (empat dari kiri) menyempurnakan majlis pelepasan Perlis Team di hadapan bangunan MSN Perlis di Kangar, Perlis malam tadi.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pasukan basikal negeri ini tekad memberi saingan sengit termasuk menyasarkan meraih kemenangan bagi dua kategori dalam Kejohanan Kebangsaan Berbasikal (Jalan Raya) 2023 yang berlangsung di Bukit Katil, Melaka bermula hari ini sehingga Ahad.

Pasukan basikal Perlis yang menampilkan wakil dari pasukan Willpro, Nakawan Cycling Club (NCC) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) itu berpeluang meraih kemenangan bagi kategori junior dan terbuka lelaki.

Pengarah Pasukan Perlis Team, Esham Shahlin berkata, pada saingan kali ini, beberapa pasukan tersebut telah bergabung di bawah satu pasukan bagi menyertai kejohanan itu.

“Kita bergabung pada kali ini di bawah pasukan Perlis Team bagi membawa nama negeri ini dalam kejohanan berkenaan.

“Kategori-kategori yang kita akan sertai dalam kejohanan ini terdiri daripada junior, men open, master, veteran dan women open,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan Perlis Team di hadapan bangunan MSN Perlis, di sini malam tadi.

Majlis pelepasan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Muhammad Azmir Azizan yang turut dihadiri Pengarah MSN negeri, Anuar Abidin dan Penolong Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan negeri,  Fauzi Abdullah Saleh.

Mengulas lanjut, Esham berkata, dalam kejohanan kali ini, Perlis Team cuba memberi saingan khususnya membabitkan Terengganu yang sememangnya mendominasi sukan itu.

“Dahulu kita juga pernah terkenal dengan sukan berbasikal dan oleh itu, Perlis Team cuba untuk mengembalikan zaman kegemilangan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Azmir berkata, kerajaan negeri berharap agar persatuan-persatuan berbasikal di Perlis dapat menyusun semula struktur dengan memperkemaskan program-program yang dirancang.

Beliau berkata, selain berbasikal, persatuan-persatuan sukan lain yang bernaung di bawah MSN juga perlu aktif dalam menjadikan sukan sebagai platform bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam beberapa aspek antaranya pelancongan, pembangunan atlet dan pelbagai lagi.

“Kerajaan negeri juga akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana persatuan yang mempunyai usaha untuk menuju ke arah itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya