Pas: Bas percuma Kerajaan Kelantan bukan kempen awal, sogokan untuk PRN

Pas: Bas percuma Kerajaan Kelantan bukan kempen awal, sogokan untuk PRN

TUAN Ibrahim Tuan Man ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Mega Ppakat Pertahan: Pas Pilihanku di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan malam tadi. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menegaskan inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk balik mengundi bukan bersifat kempen awal dan sogokan menjelang pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, inisiatif itu bertujuan membantu golongan pelajar melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Menurutnya, inisiatif tersebut tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia digerakkan oleh kerajaan negeri dan bukannya oleh parti.

“Kerajaan negeri tidak mengehadkan inisiatif bas percuma ini kepada penyokong mana-mana parti, malahan tidak tahu pun perantau-perantau yang menggunakan kemudahan itu balik untuk mengundi siapa.

“Jadi inisiatif tersebut tidak perlu dipertikaikan malah sepatutnya dilaksanakan oleh setiap kerajaan negeri demi memudahkan rakyat balik mengundi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Ceramah Mega Ppakat Pertahan: Pas Pilihanku di Pasir Tumbuh, di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberitahu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pasti mahu melihat peratusan keluar mengundi lebih tinggi pada PRN kali ini dan elemen ke arah itu sepatutnya dipermudahkan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Kerajaan Kelantan menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi memberi ruang kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) pulang mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara tersebut telah diputuskan melalui Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan 13/2023 bertarikh 21 Jun lalu.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya