Panjat tiang licin meriahkan perkahwinan

Panjat tiang licin meriahkan perkahwinan

PASANGAN pengantin menyaksikan peserta memanjat tiang licin pada majlis perkahwinan mereka di Sungai Manik dekat Pasir Salak baru-baru ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Hasrat sepasang pengantin baharu untuk mengadakan tradisi permainan rakyat yang terkenal di daerah ini iaitu memanjat tiang licin akhirnya tercapai pada majlis persandingan mereka di Sungai Manik di sini baru-baru ini.

Permainan tradisi itu diadakan di kawasan sawah dan lebih menarik, pihak pengantin menyediakan hadiah kepada pemenang permainan tersebut.

Selain pertandingan memanjat tiang licin, beberapa acara lain sempena majlis persandingan seperti persembahan seni silat, permainan mercun dan menabur coklat.

Pasangan pengantin itu, Muhammad Norfitri Ismarani, 20, dan pasangannya, Nurazmiera Qhairunisa Mohd Zulkifli, 21 mengakui rasa amat teruja dan gembira tidak terkata apabila ramai tetamu yang datang.

Menurutnya, tetamu bukan sahaja menghadiri majlis perkahwinan mereka tetapi juga untuk menyaksikan dan menyertai pertandingan memanjat tiang licin.

Katanya, mereka memang berhasrat untuk mengadakan permainan tradisi penduduk di sini pada majlis persandingan mereka.

“Keluarga kami mahu hidupkan kembali tradisi orang Sungai Manik yang sudah agak lama tidak dapat diadakan disebabkan wabak Covid-19.

“Acara ini memberikan keseronokan tetamu yang datang kerana mereka sudah lama tidak menyaksikan acara ini.

“Lebih menarik hadiah disediakan kepada mereka yang berjaya memanjat tiang licin iaitu antara RM1,000 sehingga RM1,500,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Muhammad Norfitri berkata, dia gembira kerana pertandingan panjat tiang licin itu memeriahkan majlis perkahwina mereka.

“Melihatkan gelagat para peserta, saya dan isteri pun teruja nak menyertainya tapi bimbang baju pengantin kotor terkena minyak.

“Isteri saya juga seronok melihat peserta sehingga dia juga nak turut cuba memanjat tapi dia memakai kasut tinggi dan tak boleh buka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya