Pamerkan contoh baik sepanjang kempen PRN - Utusan Malaysia

Pamerkan contoh baik sepanjang kempen PRN

JALALUDDIN Alias bersama penyokongnya menuju ke Pusat Penamaan Calon DUN Pertang di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Tunjukkan contoh yang baik dengan berkempen secara berhemah.

Demikian pesanan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias kepada jentera parti yang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, kempen PRN itu perlu menumpukan kepada visi, dasar dan hala tuju kerajaan yang akan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya tersebut.

“Kepentingan pembelaan kepada masyarakat dan kesejahteraan mereka mesti menjadi pengisian utama dalam setiap kempen yang dijalankan.

“Elakkan daripada fitnah dan adu domba yang boleh mendatangkan huru hara kepada masyarakat yang bersatu padu,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRN DUN Pertang di sini hari ini.

Penamaan calon PRN hari ini menyaksikan Jalaluddin akan bersaing secara satu dengan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Amirudin Hassan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi DUN Pertang dimenangi calon BN, Noor Azmi Yusof dengan majoriti 415 undi menewaskan calon PKR, Osman Dusa dan calon Pas, Hamran Abu Hasan.

Untuk rekod, Jalaluddin pernah memegang kerusi DUN tersebut antara 2013 hingga 2018.

Mengenai potensi kepada beliau untuk memenangi kerusi DUN itu kali ini, Jalaluddin memberitahu, beliau tidak memandang mudah kemungkinan lawannya menang kerusi berkenaan.

“Namun begitu dengan sokongan jentera Pakatan Harapan (PH) dan BN serta apa yang telah dinikmati rakyat DUN ini selama ini, saya yakin pengundi tidak akan teragak-agak untuk memberi mandat sekali lagi kepada BN,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya