Pahang rekod RM970 juta hasil daripada perolehan koperasi - Utusan Malaysia

Pahang rekod RM970 juta hasil daripada perolehan koperasi

WAN ROSDY Wan Ismail (lima dari kanan) menyampaikan Geran Bantuan Pembangunan Koperasi kepada lima buah koperasi dengan nilai bantuan RM665,000 pada Majlis Pelancaran BKK'23, di Dewan Bandaraya Kuantan. (MBK) di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang merekodkan sebanyak RM970 juta hasil daripada jumlah perolehan koperasi yang beroperasi di negeri ini, setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, di negeri ini terdapat kira-kira 1,146 koperasi dengan jumlah keahlian melebihi 302,000 orang direkodkan sehingga Disember lalu.

“Lebih membanggakan, 10 koperasi dari Pahang tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun lalu, dengan sumbangan perolehan berjumlah RM181 juta.

“Jumlah itu begitu membanggakan sekali gus menunjukkan bahawa sektor koperasi negeri ini memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat setempat,” katanya selepas Majlis Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Wan Rosdy turut menyampaikan Geran Bantuan Pembangunan Koperasi kepada lima buah koperasi dengan nilai bantuan sebanyak RM665,000.

Dalam pada itu, Pinjaman Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) memperuntukkan nilai pinjaman RM13.9 juta kepada kelima-lima koperasi tersebut.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, sejumlah RM45.5 bilion perolehan koperasi disumbangkan kepada pendapatan negara.

Jelasnya, perkata itu membuktikan kepentingan koperasi kepada ekonomi negara selaku penyumbang ketiga penting selepas sektor awam dan swasta.

“Dalam pada itu, jumlah modal syer dan yuran koperasi pula mencatatkan RM17 bilion dengan penjanaan aset berjumlah RM160 bilion,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya