Op Hormat Undang-undang berjaya kurang kemalangan 

Op Hormat Undang-undang berjaya kurang kemalangan 

Mohd. Shuhaily Mohd. Zain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 158,283 saman dikeluarkan sepanjang Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur yang dilaksanakan bermula 1 Julai lalu hingga kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 157,381 saman dikeluarkan polis manakala 902 lagi saman dikeluarkan agensi penguatkuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Katanya, kesalahan yang menyumbang kesalahan tertinggi adalah kesalahan halangan lalu lintas dengan 128,871 saman, diikuti halangan laluan pejalan kaki  dengan 4,979 saman.

“Sebanyak 4,732 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen kenderaan bagi warganegara tempatan, manakala kesalahan tiada lesen memandu bagi warga asing sebanyak 339 saman.

“Bagi kesalahan langgar lampu merah, 1,405 saman dikeluarkan diikuti kesalahan nombor pendaftaran kabur dan fancy dengan 931 saman,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, menurut Mohd. Shuhaily, polis turut menyita 200 kenderaan atas pelbagai kesalahan selain mengeluarkan 338 saman bagi kesalahan berhenti di petak kuning.

Beliau berkata, sebanyak 4,732 saman dikeluarkan ke atas mereka yang melakukan kesalahan tiada lesen memandu dan ia satu perkara yang amat membimbangkan.

“Kita berharap melalui operasi sebegini akan memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mematuhi dan menghomati undang-undang. Ini untuk memastikan suasana di Kuala Lumpur lebih teratur dan selamat.

“Polis Kuala Lumpur menerima pelbagai reaksi daripada warga kota berhubung operasi ini. Ada yang mahu operasi seperti ini diteruskan dan ada juga yang tidak menyukainya kerana dianggap menyusahkan,” katanya.

Tegas beliau, operasi sebegini sekurang-kurangnya sebagai amaran untuk pesalah trafik bahawa tindakan mereka diperhatikan dan ini sekali gus dapat mengurangkan kemalangan dan pelanggaran peraturan jalan raya.

“Ikutkan hati ingin teruskan lagi operasi sebegini sebab daripada enam lokasi, kes kemalangan dan kemalangan maut berjaya dikurangkan, seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sepanjang sebulan ni ‘zero accident’,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya