Nik Abduh tidak minat tawaran berada dalam kerajaan negeri

Nik Abduh tidak minat tawaran berada dalam kerajaan negeri

NIK Abduh Nik Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menegaskan beliau tidak berminat dengan janji tawaran berada dalam pentadbiran kerajaan negeri sekiranya Pas kekal memerintah Kelantan selepas pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, janji dan tawaran sedemikian itu berlawanan daripada prinsip dirinya.

“Saya sama sekali tidak berminat dengan janji tawaran-tawaran sebegitu. Itu bukan cara saya. Jadi tidak perlulah kemukakan apa-apa tawaran kepada saya.

“Fokus utama saya sekarang ini adalah kepada bidang ilmu dan dakwah serta menjaga wakaf ilmu ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Masjid Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, di sini selepas solat asar.

Nik Abduh memberitahu, bagaimanapun dia akan terus bersama perjuangan Pas dengan kapasiti sebagai ahli biasa dan akan terus menyampaikan nasihat-nasihat terutamanya melalui platform facebook miliknya.

“Dulu saya bercakap mengenai perkara-perkara besar selaku salah seorang pimpinan dalam Pas tetapi kini saya hanya bercakap mengenai perkara-perkara biasa bersesuaian dengan kapasiti saya sebagai ahli biasa Pas,” katanya.

Utusan Malaysia melaporkan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberi jaminan untuk turut melibatkan peranan Nik Abduh di dalam pentadbiran kerajaan negeri sekiranya berjaya mengekalkan pemerintahan.

“Sekiranya Pas berjaya sekali lagi memerintah, kita akan menempatkan beliau dalam satu kedudukan terbaik,” katanya.

Sebelum ini terdapat ura-ura bekas Ahli Parlimen Bachok itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, apabila Mursyidul Am Pas Datuk Seri Hashim Jasin mengesahkan bahawa nama Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura, sekali gus layak menjadi calon parti itu pada PRN nanti.

Pada pengisytiharan calon PRN DUN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, Nik Abduh terus tercicir daripada arena politik negara selepas namanya tidak tersenarai.

Pas turut membuat kejutan selepas menggugurkan penyandang kerusi berkenaan Ahmad Fathan Mahmood dan menggantikan dengan muka baharu iaitu Nik Asma Baharum Nik Abdullah yang merupakan seorang peguam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya