Muda umum empat calon PRN DUN Selangor, seorang ada kes

Muda umum empat calon PRN DUN Selangor, seorang ada kes mahkamah 

Amir Hariri Abd. Hadi didakwa di Mahkamah Majistret berhubung perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan empat calonnya akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, menyaksikan salah seorang pemimpin kanannya akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang.

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Hariri Abd. Hadi diumumkan sebagai calon bagi kumpulan pertama bertanding di kawasan itu. 

Semasa pengumuman calon yang dilakukan secara berperingkat bermula hari ini, tiga lagi kawasan ditandingi Muda iaitu DUN Batu Tiga, DUN Sentosa, dan DUN Bukit Antarabangsa. 

Kesemua kawasan DUN itu masing-masing terletak di dalam Parlimen Puchong; Shah Alam; Kota Raja dan Ampang. 

Amir Hariri merupakan antara pemimpin Muda paling lantang menyuarakan pelbagai isu nasional dan kini didakwa di Mahkamah Majistret berhubung perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)? dan beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah. 

Sementara itu, tiga calon lain iaitu Timbalan Ketua Parlimen Muda Shah Alam juga seorang peguam, Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen, 35 (Batu Tiga); Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda, R. Thanusha, 24 (Sentosa) dan Ketua Turus Penerangan Muda, Melanie Ting Yi-Hlin, 23, (Bukit Antarabangsa).

DUN Seri Serdang dimenangi Parti Amanah Negara (Amanah) manakala tiga lagi kerusi itu dimenangi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sidang media hari ini turut dihadiri, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz dan Ketua Penerangan Muda, Luqman Long. 

Sementara itu, Syed Saddiq dalam ucapannya berkata, partinya berharap supaya rakyat di kawasan tersebut dapat memberi peluang kepada calon-calon berkenaan kerana mereka datang daripada latar belakang profesional dan mempunyai kualiti khidmat yang baik. 

Selain itu, Ahli Parlimen Muar itu berkata, kesemua calon terlibat melalui proses tapisan yang ketat dan Muda mahu memastikan setiap seorang calonnya dapat memainkan peranan dalam sistem semak dan imbang. 

“Khususnya apabila negara terbelah dalam situasi dua blok politik gergasi (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional) dan kawalan terhadap kerajaan Persekutuan dan kawalan ke atas kerajaan negeri. 

“Muda juga akur dan faham bahawa kami tiada kuasa kontrak dan kawalan terhadap media, dan calon kami adalah segar, baharu dan idealisme tinggi. 

“Saya juga mahu menyatakan komitmen bahawa kesemua calon parti diwajibkan mengisytihar harta dan aset kepada awam selain mencalonkan 50 peratus calon terdiri dalam kalangan wanita,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya