MOTAC, KDN bincang tambah baik MM2H

MOTAC, KDN bincang tambah baik MM2H

TIONG KING SING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pemain industri akan mengadakan perbincangan bersama dalam meningkatkan lagi pelaksanaan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H). 

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam satu hantaran di Facebook selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

“Saya akan berbincang bersama Kementerian Dalam Negeri serta pemain-pemain industri berhubung penambahbaikan MM2H serta pandangan dan nasihat yang disampaikan oleh baginda. 

“Sesungguhnya pandangan-pandangan dan idea yang diberikan Sultan Johor mengenai MM2H amat baik dan penting bagi merancakkan sektor pelancongan Malaysia,” katanya. 

Terdahulu, media melaporkan, Sultan Ibrahim bertitah, program MM2H perlu ditambah baik dari segi dasar, insentif dan manfaat supaya ia tidak membebankan. 

Titah Baginda, penambahbaikan itu penting untuk menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya