Mohd. Amar punca nama Nik Abduh 'tercicir'

Mohd. Amar punca nama Nik Abduh ‘tercicir’

NIK Abduh Nik Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bahang pilihan raya negeri (PRN) Kelantan semakin hangat apabila Nik Din Nik Mat mendakwa Naib Presiden PAS Mohd. Amar merupakan individu yang menyebabkan nama bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Mohammad Abduh Nik Mat tercicir sebagai calon wakil rakyat.

Nik Din yang merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebelum itu dia bertemu dengan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 23 Jun lalu di Rusila, Terengganu dan beliau memberi jaminan Nik Abduh akan diangkat sebagai calon.

Menurutnya, dia hairan selepas mendapati anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

“Jadi ambo hairan bila diperhatikan nama Nik Abduh tidak dicalonkan di DUN Chempaka. Hal ini kerana, Tok Guru (Abdul Hadi) ada menulis surat kepada Pesuruhjaya Pas negeri (Ahmad Yakob) supaya Nik Abduh diberikan kerusi DUN Chempaka.

Tetapi dia (Mohd. Amar atau Nik Amar) tolak…bila DUN Chempaka kosong, ambo tengok nama dia (Nik Abduh) tak ada. Jadi saya hairan dan takda kerja orang lain. Ini kerja Nik Amar, jahat dan dia tak bagi kepada Nik Abduh. Sampai di telinga saya dia tak bagi keluarga Tok Guru Nik Aziz bertapak di kawasan Pengkalan Chepa,” katanya menerusi satu rakaman yang tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Video berdurasi dua minit 33 saat merupakan luahan hati dan penjelasan Nik Din berkait isu ketiadaan nama Nik Abduh.

Nik Din turut mengajak dan merayu rakyat supaya tidak mengundi Timbalan Menteri Besar Kelantan itu pada PRN 12 Ogos nanti.

Katanya, tindakan itu bertujuan memberikan pengajaran kepada pemimpin berkenaan supaya dia sedar kemenangan yang diraih selama ini adalah hasil sokongan rakyat.

“Siapa yang dengar video ini jangan undi Nik Amar, dan kalau kita undi maknanya kita sokong kejahatan dia. Orang seperti inilah yang menyebabkan PAS punah dan jahanam,”  ujarnya.

Sebelum ini terdapat ura-ura bekas Ahli Parlimen Bachok itu akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, apabila Mursyidul Am Pas Datuk Seri Hashim Jasin mengesahkan bahawa nama Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura, sekali gus layak menjadi calon parti itu pada PRN nanti.

Bagaimanapun, nama  Nik Abduh terus tercicir daripada arena politik negara selepas namanya tidak tersenarai pada PRN.

Pada pengisytiharan calon PRN Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi, Pas turut membuat kejutan selepas mengugurkan penyandang kerusi berkenaan Ahmad Fathan Mahmood dan menggantikan dengan muka baharu iaitu Nik Asma Baharum Nik Abdullah yang merupakan seorang peguam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Nik Abduh mendedahkan permintaannya untuk bertanding di salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Pengkalan Chepa pada pilihan raya negeri (PRN) telah ditolak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nik Abduh berkata, peringkat awal Pas bersetuju mempertimbangkan hasrat itu namun apabila nama tidak diputuskan dia berlapang dada.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya