TUMPAT: Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang hilang selepas bot dinaiki mereka rosak di Sungai Kelantan dekat Kampung Pasir Pekan Hulu di sini bersyukur apabila mayat anaknya ditemukan semalam. Mayat Amrullah Fitri Afendi, 10, ditemukan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pukul 8.15 pagi manakala mayat bapa saudaranya, Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, kira-kira 50 minit kemudian. Bapa Amrullah, Afendi Ismail berkata, dia bersyukur apabila anak dan adik iparnya ditemui dalam tempoh 38 jam selepas terjatuh dari bot yang dinaiki di Sungai Kelantan kelmarin. Menurutnya, sejak kehilangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya