'Mat Salih' teruja keindahan Sungai Tembeling

‘Mat Salih’ teruja keindahan Sungai Tembeling

MENAIKI pelampung getah di anak Sungai Sat antara tarikan pengunjung Eropah datang berkelah di Kampung Kuala Sat di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Rata-rata ‘mat salih‘ yang menjadikan Kampung Kuala Sat di Ulu Tembeling di sini sebagai lokasi percutian mereka teruja dengan keindahan alam semula jadi di situ yang berada di hutan tropika yang berusia lebih 130 juta tahun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pelancong negara Belanda, John Sander berkata, dia mengenali tempat itu menerusi laman sesawang sebuah agensi pelancongan negara ini lalu merancang bersama keluarga ke situ.

“Saya ingin melihat kelainan di sini dan tertarik kerana ada tempat perkelahan berdekatan sungai berbanding sebelum ini berekreasi di tepi laut dan tasik kebanyakan di negara Eropah.

“Setelah singgah dan menginap, nyata kampung ini amat unik dengan panorama alam sekitar dan aliran sungai sesuai sebagai tempat perkelahan serta kaya dengan adat Melayu khususnya keramahan penduduk di sini,” katanya di sini semalam.

Sander berkata, dia menginap di Kampung Kuala Sat selama dua hari mempunyai cukup ruang bersama keluarganya berkelah di tepi anak Sungai Sat sambil berteduh dan menikmati keindahan hutan tropika di situ.

Ujarnya, sajian makanan tempatan masakan penduduk di situ berasaskan ikan sungai campuran asam tempoyak dan ulam-ulaman antara sajian di tempat perkelahan memang menyelerakan berbanding sebelum ini hanya menjamah makanan Barat.

Sementara itu, Pengusaha eko pelancongan Kuala Sat, Alias Hashim berkata, dalam tempoh tiga bulan ini, lebih daripada 2,000 orang pelancong dari Eropah memilih untuk singgah dan melawat di sekitar perkampungan Melayu, Orang Asli etnik Bateq dan berkelah di anak Sungai Sat yang turut menjadi tumpuan pelawat domestik.

“Sejak bulan lalu sehingga ini, hampir 1,000 orang ‘Mat Salih’ yang datang secara ‘backpackers’ dan keluarga masing-masing singgah di kampung ini antara dua hingga tiga hari bermalam di pusat inap desa milik penduduk di sini,” katanya.

Menurut Alias, kebanyakan pelancong Eropah itu memilih untuk bersiar, berkelah dan mandi-manda di Sungai Sat antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai pengunjung selepas negara ini pulih daripada pandemik Covid-19 tiga tahun lalu.

“Pelancong luar memilih lokasi perkelahan di kampung ini kerana cuaca tidak begitu panas dan sederhana lebih lagi di bawah teduhan pokok hutan tropika terletak di pesisir Sungai Tembeling dan anak Sungai Sat,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pelancong dari Eropah yang datang secara berkeluarga gemar berkelah di tepi sungai, mandi-mandi, bermain dengan ikan sungai yang jinak, berenang menggunakan pelampung getah dan melawat penempatan Orang Asli etnik Bateq Kampung Bengoi terletak berdekatan situ.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya