Malaysia catat pertumbuhan ekonomi paling tinggi untuk suku pertama tahun ini- PM

Malaysia catat pertumbuhan ekonomi paling tinggi untuk suku pertama tahun ini- PM

ANWAR Ibrahim (dua dari kiri) memukul rebana ubi sebagai simbolik Pelancaran Jentera pilihan raya negeri (PRN) BN dan PH peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang, Kelantan-UTUSAN KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling tinggi untuk suku pertama tahun ini berbanding dua negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia termasuk China.

Beliau berkata, perkembangan itu hasil kestabilan Kerajaan Perpaduan yang sedang mentadbir negara ketika ini.

“Nilai pelaburan ketika ini berjumlah RM71 bilion. Tiga hari lalu sebuah syarikat automobil terbesar dunia tulis surat kepada saya sepuluh halaman memberitahu tahu mahu melabur di Malaysia.

“Jumlah pelaburan itu antara RM10 bilion hingga RM40 bilion di Tanjung Malim,” katanya semasa berucap pada Majlis Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera pilihan raya negeri (PRN) BN dan PH peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar memberitahu, selain itu manusia terkaya di dunia Elon Musk sedia membuka pejabatnya di Cyberjaya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Cyberjaya menjadi lokasi pilihan untuk Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk berpangkalan dan membina sebuah ibu pejabatnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya