Malaysia Airlines gagal pertahan kru kabin terbaik dunia

Malaysia Airlines gagal pertahan kru kabin terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines gagal mempertahankan anugerah kru kabin terbaik (The Best Cabin Crew) yang pernah dimenangi beberapa kali sejak 2001 apabila hanya mampu menduduki tempat ke-15 dalam senarai organisasi penarafan pengangkutan udara, Skytrax 2023.

Meskipun berada dalam 20 senarai terbaik dunia, Malaysia Airlines berada di belakang beberapa negara Asia yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Jepun.

Garuda Indonesia berada di kedudukan pertama sekali gus mengalahkan pesaingnya, Singapore Airlines, yang pernah menang pada tahun lalu.

Untuk rekod, Malaysia Airlines pernah menang anugerah berprestij itu sebanyak sembilan kali sejak 2001. Difahamkan, kali terakhir syarikat penerbangan itu dinobat sebagai kru kabin penerbangan terbaik oleh Skytrax pada 2009.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin Abdul Wahab ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, selain impak pandemik Covid-19 sebelum ini, dia mendakwa, prestasi merosot Malaysia Airlines turut berpunca daripada pihak pengurusan tertinggi.

Beliau menyifatkan kedudukan tercorot Malaysia Airlines sebagai mengecewakan kerana negara sewajarnya berada sekurang-kurangnya dalam senarai 10 atau lima teratas.

“Saya hairan mengapa kita tidak boleh bersaing dengan Singapore Airlines walhal kedua-dua syarikat ini setaraf. Sebab itu saya pernah membuat ulasan sebelum ini, selepas Malaysia Airlines bubar, mereka kata pekerja salah satu sebab syarikat ini rugi, tidak buat untung dan prestasi pekerja tidak mampu membuat Malaysia Airlines mendapat kedudukan pertama.

“Ini semua alasan tidak munasabah, selepas lapan tahun selepas penstrukturan semula dengan pengurusan tertinggi, apa pula alasan mahu beri? Adakah sebab pekerja juga?

“Masalahnya pada pihak pengurusan dalaman, kerana mereka yang menentukan prestasi syarikat penerbangan ini. Kalau kita tidak dapat bersaing dengan syarikat lain, tidak usah berfikir jauh ke merata dunia.

“Jadi, saya gesa pihak terlibat untuk menilai semula prestasi nasional Malaysia Airlines sebab hal ini akan menentukan keyakinan dan kepercayaan daripada penumpang dan pelancong kita,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya