LKIM lulus RM800,000 peruntukan tukun tiruan di Pahang - Utusan Malaysia

LKIM lulus RM800,000 peruntukan tukun tiruan di Pahang

MUHAMMAD FAIZ Fadzil (tengah) menyampaikan sumbangan peralatan menangkap ikan kepada 30 nelayan di kawasan Kuantan di Pasar Nelayan LKIM Balok di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak RM800,000 peruntukan diluluskan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi kerja-kerja melabuhkan tukun tiruan di perairan negeri ini.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, tukun-tukun tiruan itu diletakkan di beberapa di daerah khususnya Rompin dan Pekan.

“Bahagian tukun sebenarnya di bawah Jabatan Perikanan tapi untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan, kita pun ada keluarkan sedikit peruntukan.

“Kita luluskan RM800,000 bagi negeri Pahang ini dan meletakkan tukun di kawasan yang kita pilih ini dalam masa terdekat,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Negeri Pahang di Pasar Nelayan LKIM Balok, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata, nelayan negeri ini tidak perlu risau lagi tentang dakwaan ketiadaan tukun yang mengakibatkan tangkapan terjejas.

Jelasnya, kerja-kerja melabuhkan tukun turuan itu nanti dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

Pada program itu, seramai 30 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan menerima Bantuan Peralatan Menangkap Ikan berupa seunit tong ikan berinsulasi, dua unit pukat kata dan 100 unit pelampung dengan nilai keseluruhan RM17,000.

Penyerahan bantuan bertujuan meningkatkan pendapatan nelayan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan bagi meningkatkan taraf hidup selain meningkatkan produktiviti sektor perikanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya