Lembu berkeliaran bahayakan pengguna jalan raya

Lembu berkeliaran bahayakan pengguna jalan raya

KUMPULAN lembu yang melintas jalan menyebabkan pengguna memberhentikan kenderaan di jalan raya di Kampung Bahagia, Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Tindakan penternak lembu yang membiarkan haiwan mereka berkeliaran sehingga di jalan raya, mengancam keselamatan pengguna.

Tinjauan di sekitar Kampung Bahagia di sini, penduduk memberitahu haiwan itu sering berkeliaran di jalan raya di sini dalam kumpulan yang besar antara 10 hingga 15 ekor.

Setiap kali haiwan itu berkeliaran di jalan raya, pengguna terpaksa memberhentikan kenderaan dan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Berikutan itu, pengguna jalan raya berharap pihak yang berkenaan mengatasi masalah itu dengan mengenakan tindakan terhadap pemilik haiwan tersebut.

Seorang pemandu yang enggan dikenali berkata, dia sering berdepan dengan kumpulan haiwan ternakan itu yang berkeliaran di atas jalan raya.

Katanya, lalu lintas terhalang disebabkan haiwan itu yang hendak melintas jalan.

“Saya berharap tindakan tegas diambil terhadap pemilik lembu di kawasan Kampung Bahagia ini yang membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran atas jalan raya, sehingga menyebabkan trafik terhalang dan membahayakan pengguna.

“Masalah ini sudah sering berlaku dan tiada tindakan diambil dan lebih dikesalkan pemiliknya membiarkan haiwan ternakannya berkeliaran,” katanya.

Menurutnya, kehadiran haiwan itu di jalan raya terutama pada waktu puncak, menyebabkan trafik terganggu.

“Jika haiwan ini berada di atas jalan semasa orang balik kerja, trafik akan terganggu, begitu juga semasa hujan dan ini membahayakan pengguna.

“Saya sendiri nyaris terlanggar kenderaan lain di hadapan yang membrek secara tiba-tiba kerana mengelak lembu yang melintas. Kadang kala pengguna terpaksa menunggu lama untuk kumpulan haiwan itu melintas jalan,” katanya. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya